Showing posts with label Zurich. Show all posts

Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah S2 (SWITZERLAND - ZURICH) 2


Menuju ke Zurich
29/4/2016
Zurich

Tempat tinggal kami yang pertama merupakan sebuah apartment yang terletak di tengah kota Zurich. Setibanya aku dan mak tiba di stesen train yang berhampiran dengan apartment, kami pun mengheretlah beg kami di tengah kota Zurich. Memang tak familiar dengan kawasan itu, tapi dengan adanya Google Maps, maka anda akan jadi pro sehebat penduduk tempatan. Hahaha. Agak jauh juga aku dan mak berjalan untuk ke Apartment kami yang terletak di Dienerstrasse 20. Aku tak berani lagi untuk naik bus atau trem kat situ. Nanti sesat, lagi susah. Pakcik Google kata jalan dalam masa 15 minit saja, lalu aku dan mak pun menapaklah sambil mengheret bagasi masing-masing.

Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah S2 (SWITZERLAND - ZURICH)




Sekali lagi aku berpeluang ke luar negara selepas lawatan aku di eropah pada tahun lalu. Seperti yang lalu percutian aku ni tidak termaktub pun dalam buku catitan diari pada tahun 2016. Rezeki datang dan Alhamdulillah sekali lagi aku dapat menjejakkan kaki di bumi eropah sebagai musafir.

Jika tahun lalu aku melawat
Ireland ---> UK, London ---> Belanda- Amsterdam --->Turkey- Istanbul,