Showing posts with label UK. Show all posts

Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah (LONDON, UK) 3




28/01/2015

Hari ke-4 di kota London semula dan hari ini juga merupakan hari terakhir kami semua di london sebelum bertolak ke Amsterdam di malam hari. Bus ke Amsterdam bertolak pada pukul 9 malam. Bermakna kami ada satu hari lagi untuk pusing di kota London. Selepas check out dari MHall, semua beg kami tinggalkan di Victoria stesen. Agak mahal juga nak letak beg kat stesen ini. Tapi fikirkan untuk memikulnya keliling kota london amatlah tidak berbaloi. Elok lagi bayar. Jadi kami semua bayarlah tanpa ragu-ragu. Tapi dalam hati menangis haha!

Destinasi yang dituju ialah Stamford Bridge, Camden town dan Piccadilly.

Stamford Bridge


Rasanya semua orang tahu kalau sebut pasal Stamford Bridge. Di mana ianya merupakan kubu kuat pasukan Chelsea. Stadium ini berdekat dengan stesen Tube Fulham. Jadi kami semua turun di stesen Fulham dan berjalan beberapa minit sahaja sebelum tiba di Stamford Bridge. Turun je kat Fulham tapi pergi stadium Chelsea. Hahaha.

Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah (CAMBRIGE, UK) 2




27/01/2015

Victoria Coach Station

Hari ke-3 di London, kami terus ke Victoria Coach Station untuk membeli tiket bus ke Amsterdam untuk keesokkan harinya. Meneruskan lagi aktiviti, hari ke 3 ini, kami cadang pergi ke bandar Cambridge untuk melawat salah satu universiti yg terkenal di dunia dan juga berjumpa dengan pelajar Malaysia berlajar di University Cambridge yang merupakan kawan kepada Paan. Diorang buat mini reunion. Aku follow saja.

Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah (LONDON, UK) 1



25/01/2015 - 26/01/2015

Perjalanan Eropah kami diteruskan lagi. Destinasi yang dituju adalah London. Bangun dari tidur seawal 5 pagi dan kami terus bergegas menuju ke Airport.

Dugaan Pengembara 2

Setibanya kami semua di Dublin Airport pada pukul 6.05 pagi, kami semua ke kaunter untuk check in. Agak malang, sekali kami di denda sebab lambat check in tiket atas kecuaian semua. Nak buat camne semua orang tak ingat nak check ini. Hadap sajalah.
Selamat tinggal Dublin

Bukan itu saja, dah lambat check in maknanya kami lambat nak masuk kapal terbang. Masa kami check in luggage pun pintu gate sudah di buka. Apa lagi belari semua orang mencari pintu gate untuk penerbangan kami. Bertambah malang lagi pintu gate yang telah ditetapkan amat lah jauh. Memang masing masing speed up takut terlepas. Sebelum itu kami perlu melepas kawalan keselamatan imigresen mereka. Memang kelam kabut masa itu. Tali pinggang yang di buka pun tak sebab nak pasang. Hahaha!