Tentang Penulis

9:57:00 PM Nazif Razak 0 Comments

Cantik gigi!


Salam.

Mula menceburi bidang blog ini pada tahun 2010, di mana tahun itu merupakan tahun puncak untuk blogger. Sangat meriah dan ramai masuk dalam bidang blog pada tahun itu seingat aku. Cuma aku saja kelewatan sedikit untuk memasuki bidang penulisan blog ini. 

Permulaan penulisan aku yang amat janggal, bila menulis blog dalam 'bahasa sms' yang mana aku lihat sekarang amatlah tidak sesuai digunakan. Nak baca balik pun malu dan mungkin tak mahu menyemak semula lembaran yang lalu. Biarkanlah ianya berlalu. hahaha!

Ada naik dan turunnya blog aku ini. Sekejap aktif dan bersemangat waja, dan sekajap sunyi sepi tanpa sebarang penulisan. Pada tahun 2012 blog ini 'shut down' sepenuhnya tanpa satu entri pun. Agak memalukan di situ. Sekitar tahun 2013 barulah semangat kembali memberi nafas baru pada blog ini dan banyak entri yang telah pun dihasilkan pada tahun itu sehinggalah ke hari ini.

Syukur, tahun lepas blog ini telah pun dikunjungi sebanyak 100,000. Satu milestone yang amat membanggakan aku. Blog ini juga memegang beberapa keyword di carian Google.

Cuba mencari niche yang sesuai untuk blog ini, tapi tidak kesampaian. Kesudahannya blog aku ini aku boleh labelkan sebagai 'random' atau pun pelbagai. Macam-macam lah entri yang mana aku rasa nak tulis aku tulislah. 

Walaupun sibuk dengan pelbagai komitmen yang lain, aku harap blog ini akan sentiasa dikemaskinikan selalu dan dapat memberikan info yang terbaik untuk para pembaca. Sekian.







Email         : nazifhakim@gmail.com

0 comments: