UberEATS Malaysia 2017

8:54:00 AM Nazif Razak 0 Comments



UberEATS adalah satu perkhidmatan penghantaran makan dari pintu ke pintu. Di rantau ini UberEATS telah diperkenalkan di Thailand dan juga Singapore, kini tiba giliran ubereats di Malaysia. Untuk info juga, UberEATS telah berada di 77 buah negara.

Pembelian barang di atas talian tidaklah asing lagi bagi warga kota. Dari peralatan dapur, perkakas rumah, barangan elektronik, pakaian dan macam-macam lagi. Ini kerana dengan adanya perkhidmatan seperti ini dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga tanpa perlu keluar rumah. Hanya dengan beberapa klik sahaja di paparan komputer, pesanan anda akan tiba di pintu rumah. Amat mudah!


Begitu jugalah dengan perkhidmatan pesanan makanan secara atas talian. Perkara ini bukanlah satu yang janggal dan aneh lagi bagi penduduk di pusat bandar yang serba moden. Menggunakan komputer atau pun telefon pintar, pilih makanan anda gemari dan hanya beberapa minit sahaja anda akan dapat pesanan dan dapat menikmatinya


Kemasukkan UberEATS di Malaysia pada tahun 2017 ini, membuktikan rakyat di Malaysia amat mengalu-alukan lebih banyak lagi perkhidmatan pesanan makanan secara 'online' . Dengan adanya UberEATS ini, pengguna tidaklah lagi tertumpu pada satu jenis makanan sahaja untuk di pesan, malah pelbagai makan dan restaurant yang ada boleh di pilih melalui aplikasi dalam telefon pintar anda.

Pada pandangan saya, bila UberEATS ini telah sampai pada tempoh matangnya (orang ramai telah mengenali dan menerima) akan lebih banyak pesanan yang akan di buat dan kesibukkan penghantaran makanan juga akan meningkat. Kita boleh lihat kembali bagaimana aplikasi Uber yang memasuki Malaysia sekitar tahun 2013, yang mana pada masa itu permintaan amat sedikit dan kurang jika dibandingkan dengan tahun 2017 yang lebih tinggi dan banyak. Perbezaan permintaan yang ketara ini menunjukkan aplikasi uber ini telah matang di Malaysia. Trend ini juga saya rasakan akan dapat di lihat di produk terbaru Uber di Malaysia iaitu UberEATS.

Aplikasi UberEATS untuk pesanan telah boleh di muat turun di Apple Store dan Android . Untuk info aplikasi ini telah di muat turun sebanyak 500 juta di seluruh dunia. Banyakkan!

Kawasan UberEATS di Malaysia - KUALA LUMPUR

Untuk permulaan kawasan UberEATS ini tidaklah meluas dan hanya tertumpu pada pusat bandar Kuala Lumpur sahaja. Boleh lihat gambar di bawah kawasan yang mempunyai liputan untuk UberEATS ini.

Akan dilancarkan pada 21 September 2017
Kawasan tumpuan UberEATS buat masa ini adalah:-

  • KLCC
  • BUKIT BINTANG
  • HARTAMAS
  • BANGSAR BARU

Jangan risau liputan ini akan diperluaskan dari masa ke semasa mengikut permintaan.

*Penggunaan UberEATS

Secara Am pengguna yang mahu menggunakan perkhidmatan ini hanya perlu:-

1. Muat turun di aplikasi di di Apple Store dan Android.
2. Memilih makan dan restaurant yang hendak di pesan.
3. Membuat pembayaran melalui credit/debit card. Tiada Cash Payment mahu pun COD
4. Pesanan anda akan tiba dalam masa 30 minit.

Setiap penghantaran akan dikenakan charge tetap sebanyak RM5.00 dan masa operasi untuk UberEATS dari jam 11 pagi - 11 malam

Tiada pesanan minimum untuk UberEATS. 
*akan dikemas kini dari masa ke semasa

BACA JUGA:  DAFTAR SEBAGAI PEMANDU UBER MALAYSIA 

Jana Pendapatan dengan UberEATS.

Nama Uber sangat sinonim dengan menjana pendapatan secara separuh masa mahupun sepenuh masa. Jika sebelum ini ramai yang telah menyertai Uber sebagai pemandu dengan mengambil dan menghantar penumpang ke destinasi yang di tuju, kini dengan UberEATS anda juga boleh berbuat demikian. Bukan menghantar penumpang tapi menghantar makanan yang telah di pesan

SYARAT-SYARAT UberEATS Malaysia

Uniknya UberEATS ini anda tidak memerlukan kereta seperti uber driver yang biasa tapi anda hanya memerlukan sebuah motosikal sahaja. Berikut perincian syarat-syarat penuh untuk menjadi ahli UberEATS

  1. Berumur 18 tahun ke atas (mengikut tarikh lahir)
  2. Ada motosikal. Tak kisah keluaran tahun berapa
  3. Mempunyai lesen P, Penuh, dan ke atas

Contoh perjalanan UberEATS Malaysia

Peralatan Barangan UberEATS


Beberapa bekalan peralatan juga akan disediakan oleh pihak uber sebelum anda dapat menjalankan tugas. Pecah peralatan seperti di bawah (Rujuk gambar):-
  1. Halal/ Non Halal food bag 
  2. Raincoat (baju hujan)
  3. Portable charger
  4. Phone mount


Perlu diingatkan peralatan ini semua tidaklah diberikan secara percuma. Keseluruhan barangan ini berharga RM250. *TETAPI anda tidak perlu risau! RM250 ini tidaklah akan di minta serta merta. Pembayaran boleh dilakukan secara ansuran di mana RM250 ini akan di potong ansur-ansur selepas anda melakukan trip bersama Ubereats. Lihat stuktur CONTOH pembayaran RM250 di bawah.
*akan dikemas kini dari masa ke semasa


Pembayaran UberEATS Malaysia

Pembayaran untuk ubereats hanya di buat melalui atas talian dan anda tidak akan menerima apa-apa wang tunai dari pelanggan. Ini bagi memudahakan tugasan anda tanpa perlu mengutip wang dan menyediakan wang tukaran kecil. Perangkaraan bayaran bagi UberEATS seperti di gambar bawah.

Struktur pembayaran UberEATS Malaysia
Diingatkan uber akan mengambil 25% dari trip yang kita lakukan sebagai pembayaran untuk uber. Sama seperti yang mendaftar sebagai uber driver.

Kebiasaanya jika terdapat produk baru yang dilancarkan oleh uber, pelbagai insentif yang akan diberikan kepada ahli yang menyertai sebagai UberEATS.

Contoh:
Lengkapkan 30 trip penghantaran anda akan mendapat RM40 tambahan

Selain itu juga, uber telah membuat satu pengiraan jumlah pendapatan yang boleh diperolehi pada waktu permintaan tinggi dan juga waktu permintaan rendah.

Permintaan tinggi   : RM3500/bulan
Permintaan rendah  : RM2000/bulan

Pengiraan yang di buat ini setelah mengambil kira semua insentif-insentif yang diberikan oleh pihak uber berserta jumlah pesanan di waktu puncak dan suram. Bagi saya jumlah ini pendapatan ini agak berbaloi kerana kita hanya menggunakan motorsikal dan bukannya kereta yang menggunakan petrol yang agak banyak.

Cara-cara Mendaftar Ahli UberEATS

UPDATE (13/02/2018): Buat masa ini saya tidak lagi membuat pendaftaran UberEATS atas sebab-sebab tertentu. Walaubagaimana pun segala info yang di atas masih lagi boleh di guna pakai. Terima Kasih.

Untuk menyertai dan menjana pendapatan melalui UberEATS, semak semula syarat-syarat di bawah ini:-

  1. Berumur 18 tahun ke atas (mengikut tarikh lahir)
  2. Motosikal keluaran 2008 dan ke atas
  3. Mempunyai lesen memandu B2
  4. Nama sebagai pemilik/pemandu kedua di dalam insuran

Jika kesemuanya cukup dan lengkap anda boleh hubungi saya terus mengunakan beberapa cara di bawah:-

NAZIF
No Telefon

019-3070041
019-3070041
019-3070041

ATAU

Talian terus whatsapps. Klik ke link untuk terus berwassap









bit.ly/daftarubereats
bit.ly/daftarubereats
bit.ly/daftarubereats



ATAU

Mengisi borang di bawah

https://goo.gl/forms/wGio00EZ0bfVkZG53
https://goo.gl/forms/wGio00EZ0bfVkZG53
https://goo.gl/forms/wGio00EZ0bfVkZG53


Disebabkan UberEATS ini merupakan program terbaru dari uber, bimbingan dan tunjuk ajar perlu diberikan pada mereka-mereka yang berminat mahu menyertainya.

Pada hemat saya, UberEATS ini akan mengikut jejak langkah Uber Ride juga yang mana ramai rakyat Malaysia kini telah menerima penggunaan Uber dalam kehidupan seharian mereka. Uber di kalangan masyarakat kita tidak asing lagi kerana dengan ada perkhidmatan seperti ini dapat banyak menjimatkan tenaga dan masa. Begitu jugalah kelebihan yang ada pada UberEATS ini yang boleh membantu pengguna menjimatkan banyak masa dan juga boleh menjana pendapatan sampingan bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai sebagai ahli.

0 comments: