UberDOST Malaysia 2016 : Program Referral dari UBER

10:34:00 PM Nazif Hakim 30 Comments




Ada pernah sekali, saya dengar di corong radio tempatan, Uber ini kalau dalam bahasa melayunya mereka panggil 'Teksi Sapu Professional' Hahaha. Rasa kelakar pun ada. Tapi itulah Uber kalau ianya ditafsirkan di dalam bahasa melayu. Saya pun agak bersetuju dengan maksud Uber itu.


Memang tak dapat dinafikan dengan kemasukkan aplikasi Uber ini di Malaysia banyak mengubah landskap dan persepsi di negara ini tentang kereta sewa ataupun teksi. Idea yang bernas dan bijak untuk memberikan situasi menang menang sama ada pada pemandu dan penumpang. Rasanya tak perlu kut saya bagi tau macam mana situasi kereta sewa ini sebelum datangnya Uber ini. 

Cukup dengan pengenalan. 

Hari ini sekali lagi Uber memberi kejutan (mungkin pada saya seorang sahaja) dengan menghasilkan satu lagi aplikasi yang bernama UberDOST.

APA ITU UberDOST?


UberDOST ini kalau saya petik dalam blognya adalah sebuah aplikasi yang membuatkan anda menjadi ejen kepada Uber untuk merujuk Uber Driver yang baharu untuk menjadi Uber Partner.

Bila anda dapat mempelawa rakan atau kenalan anda untuk menjadi Uber Driver maka anda akan di bayar. TAPI dengan syarat kawan anda itu perlulah membuat TRIPS sebanyak 25 kali sebelum anda di beri wang bernilai RM250 sebagai ganjaran. Jikalau anda dapat rujuk ramai kawan-kawan untuk menjadi Uber Driver sebagai downline anda, maka makin banyaklah ganjarannya!

Mudahkan. 

1. Rujuk kawan anda jadi Uber Driver, 
2. Buat TRIPS sebanyak 25 kali dan 
3. Anda akan dapat RM250. 
4. ULANG LANGKAH SATU


Kelebihan UberDOST.

Kelebihan yang saya nampak pada UberDOST ini, siapa-siapa berminat untuk menjadi Uber Driver mereka boleh terus mendaftar / register pada ejen-ejen yang telah berdaftar dengan UberDOST ini TANPA perlu pergi ke center Uber lagi untuk mendaftar seperti dahulu. 

Untuk pengetahuan saya juga seorang Uber Driver dan telah pun mendaftar sebagai Uber Partner mereka. Memang dulu pihak Uber suruh saya pergi ke Center mereka daftar dan dengar taklimat selama satu jam saja.

Tapi sekarang, dengan adanya UberDOST ini anda boleh terus menjadi Uber Partner melalui ejen UberDOST dan mereka inilah yang akan menjadi Coach untuk memberi latihan dan tunjuk ajar pada Uber Driver / Uber Partner yang baharu.

Sumber: blog Uber


BERMINAT?

Habis pengenalan, cerita dan celoteh, tiba masa untuk saya buka peluang dan ruang pada sesiapa yang berminat untuk buat uberDOST ini. 

Bagi siapa-siapa adik, kakak, abang-abang, mak cik, pak cik, yang berminat untuk mencari side income atau full time dengan menjadi ahli uberDOST bolehlah mengisi borang di bawah :

Email anda mestilah email lain yang tidak digunakan untuk mendaftar di akaun UBER


atau:

email: nazifhakim@gmail.com

Saya akan respon pada anda untuk langkah yang seterusnya. Saya akan guide dan beri bimbingan macam mana uberDOST ini berfungsi dan teknik untuk orang mendaftar di bawah anda.

Weekly statemend: Hanya dengan referral tanpa perlu memandu UBER
Alhamdulillah setiap minggu ada income masuk =)


Saya percaya, kalau pihak Uber sudah hampir berjaya menarik minat rakyat di negara ini untuk menggunakan perkhidmatan mereka melalui aplikasi UBER, begitu jugalah dengan pengenalan aplikasi terbaharu mereka ini UberDOST.

Kini anda tak perlu lagi untuk membawa kereta. Hanya dengan program referral ini anda boleh menjana income secara samping tanpa perlu keluar rumah. Ini baru betul JOB DI RUMAH huhu.

Selamat Berusaha. Good Luck. All the Best!

Sebelum menjadi sifu untuk orang lain. Kita mesti feel dulu macam mana jadi sebagai UBER DRIVER. Anda boleh mendaftar dan membuat demikian dengan hanya klik link di bawah.

Cara Mendaftar Uber Driver/Partner Malaysia 2016

**EXTRA

HOW TO BE UBER DRIVER in MALAYSIA 
follow saya di instagram untuk info terkini

30 comments:

  1. Assalamualaikum.

    nk tanya boleh open untuk Melaka. Since disini pun ramai tourist dan orang bekerja di kawasan tumpuan seperti melaka raya, mitc ayer keroh. Saya berminat. boleh contact melalui emel rydah28@gmail.com / 0136479908. tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. untuk pengetahuan cik, Uber masih belum lagi beroperasi penuh di bandar Melaka. Sekarang Uber ada di KL, JB, Penang, Ipoh dan terbaharu di Kota Kinabalu. Jika Uber da sampai di Melaka saya akan hubungi cik

      Delete
  2. Assalammualaikum maaf bertanya pembayaran mgguan tu cm ner yer? Saya berminat ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Uber akan bayar melalui acc bank setiap hari Rabu. Secara mingguan. Jika penumpang membayar secara debit/credit card, nnt uber akan masukkn duit itu trus melalui bank.

      Delete
  3. Salam... kalau cari member join... dpt income ke x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Ye betul kite akan dpt incentives.
      1. Rujuk kawan anda jadi Uber Driver,
      2. Buat TRIPS sebanyak 25 kali dan
      3. Anda akan dapat RM250.
      4. ULANG LANGKAH SATU

      Delete
  4. Salaam.... saya asal dari langkawi. Sy ingin cadangkan kpd uber utk memulakan di Langkawi. Boleh menghubungi saya 0174469786.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Terima kasih kerana menunjukkn minat. Buat masa ni uber blom lg beroperasi di Langkawi. Tempt yg terbaru di kota Kinabalu. Jika uber dah berada di kawasan cik. Sy akan hubungi. 😁

      Delete
  5. salam...bro sy nak pakai kereta family saya...n sy dah apply untuk tambah nama authorised driver dlm cover note...tp etiqa insuran dia x keluarkan cover note baru... certificate yang ada pada saya hanya ada endorsmen approval je ...boleh ke submit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Boleh xde masalah. Isi form ni. Nnt saya wassap encik najmi

      http://goo.gl/forms/tVR2PyuhRT

      Delete
  6. Saya berminat tapi saya punya salinan insurans kereta tak ingat letak mane. Bole dpt salinan baru ke dr syarikat insurans?bole wassap saya 0174665498..

    ReplyDelete
  7. mcm mane kalau tiada kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa ni belom menyediakan perkhidmatan utk membawa kereta mereka. Maknanya uber x sediakn lg. Kereta yg paling min boleh bawak sbagai uber adalah kereta viva.

      Delete
  8. nak tanya..pick up car like toyota -hilux, nissan -navara etc boleh pakai ta as uber car?
    can i use 4wd pick up car like toyota hilux, nissan navara or mitsubishi tritron as uber car? thanks for answer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes pick up with 4 doors can join uber. Just fill up the form I'll directly contact u.

      Delete
  9. ok...bro .i will contact u once change my old ford range( ard 10years) to the new old one..thanks bro for your infor

    ReplyDelete
  10. mesti genap seminggu baru boleh dpt payment mingguan tu? kalau x cukup hari nk ke hari rabu tu,x boleh dpt payment mingguan tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xsemestinya. Acc tutup isnin. Selasa payment statement kluar. Rabu duit masuk. Jika kite mula sabtu. Bayaran sbtu dan ahad akan di bayar pada rabu tersebut

      Delete
  11. oh..klau start isnin,rabu boleh dpt jgk ke?

    ReplyDelete
  12. mesti genap seminggu baru boleh dpt payment mingguan tu? kalau x cukup hari nk ke hari rabu tu,x boleh dpt payment mingguan tu ke?

    ReplyDelete
  13. Salam mcm mana nak bg uber ni masuk di langkawi.

    ReplyDelete
  14. salam..sy berminat nak jadi uber driver..bila agaknya sampai melaka..

    ReplyDelete
    Replies

    1. وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

      Maaf saya tolong jawab dgn cara copy artikel tn Nasif


      Uber telah pun melebarkan sayapnya di Kuala Lumpur, Johor Bharu, Penang, Ipoh, Kota Kinabalu dan terbaharu *14/9/2016 KUCHING paling baharu *27/10/16(official) MELAKA. Oleh itu proses untuk menjadi keahlian Uber telah dipertingkatkan untuk kesenangan pemandu baru yang ingin berdaftar menjadi Uber Partner.

      Kali ini Uber muncul dengan aplikasi terbaru mereka iaitu UberDOST.dan ini janji mereka.

      Cuba ikut link Tn Nasif Hakim;

      http://nazifhakim.blogspot.my/2016/05/cara-mendaftar-uber-malaysia-2016.html?m=1

      Isi di sini.
      http://goo.gl/forms/tVR2PyuhRT

      Call/Whatsapp / Call : 019-3070041

      UBER X
      UberX adalah kenderaan yang mempunyai 4 atau 5 tempat duduk penumpang. Contoh kereta seperti VIVA, Myvi, Proton Iriz, Saga, Honda City, Civic, Mazda 2, Mazda 3, Toyota Vios

      UBER XL
      UberXL adalah kenderaan yang mempunyai 7 tempat duduk penumpang, lebih pada kategori MPV. Contoh kenderaan seperti EXORA, Alza, Toyota Innova,Nissan Livina


      UBER BLACK

      Uber Black merupakan perkhidmatan premium. Jenis kenderaanya merupakan high end 4 seater dan high MPV. Contohnya seperti Camry, Honda Accord, CR-V, Velfire. Syarat2 yang diperlu dipenuhi adalah.
      1. Perlu melengkapkan 60trips sebagai UBERX terlebih dahulu dan mengekalkan rating  4.6 ke atas.
      http://nazifhakim.blogspot.my/2016/07/faq-uber-partner-malaysia-2016.html?m=1

      Delete
    2. Melaka sudah ada masa ini. Cuba ikut penerangan terkini

      Delete
  15. heloo! uberdost kat kuching incentive berapa ya?

    ReplyDelete
  16. Assalam
    .umtuk daftar uberdost..perlu daftar dulu uber partner ke...

    ReplyDelete
  17. Baru daftar uberdost..tapi x jadi driver..step seterusnya mcm mana ya? Harap dapat pencerahan

    ReplyDelete