Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah S2 (SWITZERLAND - ZURICH)

12:20:00 AM Nazif Razak 1 Comments




Sekali lagi aku berpeluang ke luar negara selepas lawatan aku di eropah pada tahun lalu. Seperti yang lalu percutian aku ni tidak termaktub pun dalam buku catitan diari pada tahun 2016. Rezeki datang dan Alhamdulillah sekali lagi aku dapat menjejakkan kaki di bumi eropah sebagai musafir.

Jika tahun lalu aku melawat
Ireland ---> UK, London ---> Belanda- Amsterdam --->Turkey- Istanbul,


Kali ini perjalananku ke
Switzerland - Zürich dan Italy - Milan.

Perjalanan aku ditemani bersama Mak dan Ira.

28/04/2016
KLIA

Aku dan mak berlepas dari Airport KLIA pada pukul 10.10 malam dan di jangka transit di Istanbul untuk 3 jam sebelum bertukar flight seterusnya yang menuju terus ke ibu negara Switzerland, Zürich.

Perjalanan kami lancar sehinggalah tiba di Atatürk Turkey pada jam 4.30 pagi masa di Istanbul. Aku dan mak sepatutnya berjumpa Ira dan seorang rakannya di Airport ini sebelum bersama-sama menaiki kapal terbang ke Zürich pada jam 7.00 pagi.

Paparan antaramuka yang telah dikemaskini oleh Turkish Airlines. Terbaik!
Makanan yang tak pernah mengecewakn. Sedaap bangat.

29/04/2016
Atarturk Airport


Kota Istanbul dari Udara
Aku dan Mak berlegar-legar di Atatürk Airport untuk menghabiskan masa yang terluang. Walaupun ini bukan kali pertama aku tiba di Airport ini, tapi aku masih lagi teruja melihat pemandangan dan sekitar airport itu yang sentiasa tidak lekang dengan manusia walaupun jam menunjukkan pukul 5 pagi. Sedikit kesedihan airport Atatürk ini idak menyediakan WIfi secara percuma. Penat dah aku ke sana ke mari untuk mencari punca wifi secara percuma. Malangnya tidak berjaya ditemui.

Sedih tak ada WiFi T_T
Menunggu Ira yang tidak kunjung tiba.
Masa untuk berlepas ke Zurich
Masa pun berlalu ,masa yang sepatutnya aku mak dan ira bertemu sudah sampai. Tapi malangnya bayangan ira masih tidak lagi kelihatan. Disebabkan aku dah ada pengalaman tertinggal kapal terbang dari perjalanan aku yang dulu disebabkan menunggu orang lain, aku dan mak terus menunggu ira di pintu perlepasan untuk ke Zürich. Jam di tangan telah menunjukkan jam 7.30 pagi, pintu perlepasan telah pun di buka dan Ira masih tidak lagi kelihatan. Aku agak mungkin flight ira dari Cairo ke Istanbul kelewatan. Sehinggalah aku dan mak menaiki pesawat , ira dan rakannya yang sepatut kami jumpa di Turkey tidak dapat kami ketemu. Maka aku dan mak terus berlepas ke Zürich dengan irangan doa semoga semuanya berjalan lancar buat perjalanan Ira.

Zurich Airport

Welcome to Zurich!
Perjalanan dari Istanbul ke Zürich tidaklah bergitu lama. Hanya 2.30 jam yang diperlukan. Masih lagi bingung tentang keberadaan Ira pada masa ini. Tidak kelihatan di airport, mahu pun dalam pesawat. Dalam benak hati aku, Ira ini kalau tak buat masalah dalam setiap perjalanan pasti tak sah. Hahaha! =P . Sama seperti perjalanan aku dan ira tempoh hari. Tapi itu semua suratan takdir yang telah ditetapkan olehNya. Walau bagaimanapun ianya memberi satu pengajaran dan cabaran pada kami semasa bermusafir jauh dari tanah kelahiran.

Semasa berada di atas ruang udara Switzerland, satu pemandangan yang amat jarang sekali aku dapat lihat, di mana masih banyak lagi gunun-gunung diseliputi keputihan salji yang amat cantik sekali bila di lihat dari dalam kapal terbang. Sangat teruja dan terpegun melihat panaroma sebegini.

Banjaran pergunungan Alps. Masih diselimuti oleh salji.
Jam 9.30 pagi waktu tempatan kami selamat mendarat di Zurich-Airport. Terus aku dan mak mencari pintu keluar dan duduk di bertenang seketika. Kemudian barulah kami merancang tindakan seterusnya. Langkah pertama ialah untuk menghubungi Ira. Kami belilah sim kad yang bernomborkan negara Switzerland berjenama Lycamobile. Semasa aku nak beli sim kad jenama Lycamobile ini, buat kali pertamanya aku dapat cakap sikit bahasa german dengan penjual itu. Hahaha. Cakap sepatah-sepatah saja.



Cuba telefon Ira dengan apabila sim kad diaktifkan. Tapi masih gagal untuk dihubungi. Apakan daya. Lalu aku dan mak pun terus berangkat menuju ke hotel kami yang telah di book oleh Ira tempoh hari.

Agak keliru dengan dengan sistem train mereka, aku dan mak pun bertanyalah pada kaunter mereka untuk ke tempat tinggal kami. Al maklumlah, kalau tak bertanya nanti sesat jalan la pula. Selesai tanya-menaya,akhirnya kami pun beredar dari Zurich Airport ini menaiki train menuju ke pusat bandar Zurich. 

Maka bermulalah perjalanan kami di Kota Eropah.


Ayoh masa untuk menjelajah Eropah!

1 comment:

  1. Suspense nih Ira mana? Apa jdik kt dak adek lak...tunggu pt 2?

    ReplyDelete