Travelog: Pertemuan Eropah dan Asia (ISTANBUL, TURKEY) 1

12:05:00 AM Nazif Razak 0 Comments



01/02/2015

Untuk kali kedua nya aku menjejakkan kaki di bumi Turkey ini. Kali pertama hari itu lah first day travel transit saja di sini. Kiranya dah menjejakkan kaki di Turkey la. Setibanya di Turkey, maka ringanlah beban aku dan Ira untuk memikirkan hendak ke mana , bagaimana, dengan apa seperti kami di benua eropah sebelum itu.




Trip di Istanbul ini, kami bersama ejen iaitu Jejak Uthmaniyyah. Semua telah di aturkan dengan rapi dari aktiviti berjalan, makanan, penginapan dan pengangkutan. Kami cuma perlu follow saja. Tak payah pening-pening nak fikir lagi. Lagi relaks dan santai.


Atarturk Airport 

Aku dan ira tiba di Atarturk Airport pada jam 11 malam. Kami menunggu 2 orang lagi kawan ira yang akan turut serta dalam trip ini. Kawan ira ini juga datang dari Egypt . Mereka dijangkan tiba pada jam 1 pagi. Setelah beberapa jam menunggu bertemu juga ira dengan kawan2 dia. Tapi masih lagi tidak boleh ke mana2 sebabnya kami terpaksa bermalam di Airport.



Travel agent hanya akan jemput keesokan harinya pada pukul 8.00 pagi. Sedih juga Airport Atarturk ini amat lah susah tiada Wifi. Habiskan masa dengan tidur dan berbual saja. Disebabkam surau kunci, Tido pun kat meja di cafe airport itu. Masa ketika itu amatlah perlahan sebelum pagi menjelma. Atas kesabaran yang tinggi, berjaya juga kami semua mengharungi malam di airport. Pagi itu memang letih dan kusot hendak berjalan.

Pada keesokan pagi agensi menjemput kami pada jam 8 pagi. Tanpa rehat yang cukup dan tiada breakfast yang disediakan kami semua terus di bawa berjalan. Disangkakan check in hotel dulu dan breakfast rupanya tiada. Haduh agak kelaparan di situ. Jadi kami jalan sajalah.

Maka dengan itu bermulalah pengembaraan kami yang penuh bermakna dan bersejarah di bumi Turkey ini.

Kami di jemput oleh seorang wakil dari JU iaitu saudara Ziyaad dan sorang lagi travel agent kami. Perjalanan kami dimulakan dengan pengumpulan ahli2 peserta rombongan. Separuhnya dah dipertemukan di Airport dan separuh lagi sudah berada di Istanbul. Untuk memenuhi semua peserta bagi trip Jejak Uthmaniyyah kali ini bus menuju ke hotel penginapan kami untuk mengmbil 2 lagi peserta iaitu Aunty Yus and Aunty Bada. Seterusnya bus berjalan menuju ke destinasi yg pertama untuk lawatan ini iaitu ke Muzium Panorama.

Di dalam perjalanan, Ziyaad memperkenalkan diri dan mahu dirinya di anggap sebagai pemudah cara dan bukannya sebagai tour guide. Lagi friendly la kalau macam ini kan. Senang untuk berkomunikasi dan interaksi. Sesi ice breaking dimulakan. Difahamkan selain dari aunty dan kami 4 orang yang dikategorikan dari Eygpt, selebihnya 11 orang merupakan pelajar Malaysia yang belajar di China. Amatlah frendly mereka2 ini semua ^_^

Waktu perjalanan, Ziyaad memberi sedikit sebanyak pengenalan tentang pembukaan kota Istanbul dan serba sedikit tentang pengenalan negara Turkey.

Banyak sejarah yang diterangkan saudara Ziyaad, tapi aku dah lupa, disebabkan aku tulis cerita ini pada 13/03/2015. Ada yang ingat lagi tapi takut tersalah fakta pula. hahaha. Jadi kalau ada papa rujuklah page FB JU banyak info di situ.

Panorama 1453 Museum, Istanbul

Destinasi pertama yang di bawa adalah Panorama 1453 Museum. Setibanya kami semua di muzium Panorama, 6 lagi peserta menyertai kami. Seramai 17 org peserta yg menyertai trip kali ini. Aku saja lelaki dalam 17 peserta ini. Selamat ada Ziyaad. Ada jugalah geng aku.

Sedikit penerangan Ziyaad pada Aunty Yus dan Aunty Bada
Di muzium Panorama ini , terdapat lukisan yang menceritakan tentang bagaimana Sultan Mehmet Al Fatih membuka kota Istanbul dengan menjatuhkan kerajaan Byzantine. Di tingkat atas dalam muzium ini ada lukisan suasana peperangan yg berlaku ketika pembukaan kota ini.

Lukisan panorama ini juga menceritakan bagaimana tentara Ottoman menembusi dinding pertahanan kerajaan Byzantine pada masa itu

Dengan melihat lukisan ini saja cukuplah untuk mengambarkan situasi yang berlaku ketika itu. 1453 itu merupakan tahun jatuhnya kerajaan Byzantine dan pembukaan kota Constantinople yang hari ini dikenali sebagai Istanbul.



Selesai di muzim Panorama, destinasi yang seterusnya adalah Miniartürk. Bak kata Ziyaad jika melawat miniarturk ini bermakna kita telah melawat keselurahan negara turkey.

Miniaturk, Istanbul



Di miniarturk terdapat miniature bangunan2 penting dan bersejarah dalam negara turki. Agak besar juga kawasan ini. Pada waktu lawatan kami ini, angin yg bertiup sgt la kencang. Selamat cuaca tidak terlalu sejuk ketika itu. Sekitar 12°C sahaja.

Di setiap miniature bangunan yang ada, boleh dengar penerangan sejarah dari mesin yang ada di depan miniature itu. Tapi tak larat la nk dengar semua penerangan dengar skit2 saja. Sebab keletihan, aku tamatkan lawatan aku cepat2 kt miniarturk ini dan duduk menunggu peserta lain habis melawat keselurahan kawasan.

Selesai di miniarturk tiba masa untuk makan tengahari. Ini merupakan makanan turkey yg pertama yg kami makan di turkey. Ikutkan kat Turkish Airlines pun da serve makanan turkey. Tapi ni kire official lah.


Sebelum kami makan, Ziyaad ada bagi tahu sedikit sebanyak tentang tata cara dan makanan orang Turkey ini. Yang mana makanan utama orang turkey ini ialah roti dan bukannya nasi macam kita makan. Nasi ada dalam hidangan mereka tapi hanya sekadar side dish sahaja.
Org turkey juga tidak menggunakan tangan ketika makan. Kecuali untuk memakan daging saja. Mereka menggunakan sudu untuk hirup sup. Pisau dan garfu digunakan untuk makanan lain.

Eyüp Sultan Camii

Eyup Sultan Camii

Habis makan kami naik bus semula dan pergi ke Eyup Sultan Camii (masjid) untuk menunaikan solat. Di sekitar masjid ini amatlah ramai manusia. Kami pergi bersolat terlebih dahulu sebelum Ziyaad memberi sedikit sebanyak maklumat tentang masjid ini.



*Mengikut sejarah, (Macam pakar sejarah dah aku) masjid ini merupakan masjid pertama yang didirikan pada tahun 1458, selepas pembukaan kota Constantinople 1453.

Ziyaad juga ada memberi tahu kami yang mana masjid ini akan selalu penuh orang sembahyang walaupun pada waktu Subuh! Di masjid ini juga ada sebuah makam sahabat Nabi iaitu Abu Ayyub al-Ansari . Sahabat nabi ini merupakan seorang pemegang panji-panji Islam, di mana panji-panji ini amatlah penting sewaktu ketika dahulu.

Hari ini memang kita tak lagi membawa panji-panji macam bendera atau sebagainya, tapi panji Islam yg ada pada hari ini terletak pada diri kita sendiri. Contohnya seorang wanita yang bertudung dan menutup aurat. Maka itulah panji-panji Islam yang mereka bawa dan pertahankan.


Abu Ayyub al-Ansari telah dimakamkan di sini pada tahun 670. Di makam beliau ini juga ramai pengunjung yang datang untuk menziarah dan menyedekah Al-Fatihah.

Selesai menunaikan solat dan ziarah, kami ada buat aktiviti sedikit dengan orang ramai kat situ dengan memberi gula-gula kat budak-budak kecil. Sambil-sambil itu bolehlah practice bahasa Turkey. Cakap:

Terima kasih = teÅŸekkürler
Selamat tinggal = güle güle

Boleh lah belajar sikit bahasa Turkey dari aktiviti ini. Susah juga nak sebut mula2. Tapi lama-lama dengar dan cakap oklah.

Pierre Loti Hill, Eyüp


Meneruskan perjalanan, kami menuju ke Pierre Loti hill di mana dari sini kita boleh nampak kecantikkan permandangan kota Istanbul dan sungai Bosphorus. Pada mulanya cadangan naik ke atas sana melalui Teleferik (kereta kabel), tapi disebabkan angin yang terlalu kencang Teleferik ini tutup dan kami ke sana menaikki bus.

Bus kami ini, bukan calang-calang, selagi boleh lalu diorang kisah apa. Jalan saja. Sempit ka bukit ka, tak kisah hahaha!

Sampai di atas, tengok pemandangan memang cantik. Tapi kabur sedikit sebab cuaca. Kalau cerah mungkin lagi cantik. Kami meluangkan masa setengah jam di sini untuk ambil gambar dan menikmati pemandangan yang cukup indah dan mengkagumkan ini.



Mentari pun telah mengeluarkan sinar senja, perjalanan terakhir kami sebelum menamatkan hari pertama ini ialah makan malam di sebuah restaurant bawah jambatan apa aku tak ingat. Tapi yang pasti menu malam itu ialah ikan mackerel.



Istanbul Gonen Hotel



Selesai makan, tiba masa untuk pulang ke tempat yang aku tunggu2 untuk satu hari, iaitu hotel! Kami check in di Gonen hotel yang agak jauh dari bandar Istanbul,tapi 10 minit dengan Airport Ataturk. Keseluruhan memang terbaik hotel nih!

Sebelum tidur, cepat2, ambil gambar dulu, Aku sebilik dengan Ziyaad, tapi untuk hari pertama itu, Ziyaad pulang ke rumah sewa dia.

Maka tamatlah hari pertama aku bersama 16 orang peserta lain di kota Istanbul. Tidur awal untuk simpan tenaga pada keesokkan harinya pula.




* Jika ada fakta yang tak betul atau meragukan cepat2 bagi aku. Boleh edit tak pun buang. 
*kalau ada nak tambah info apa2 boleh bagi tahu. Terima kasih.

Photo Gallery by QuickGallery.com

0 comments: