Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah (AMSTERDAM, NETHERLAND) 2

11:52:00 PM Nazif Razak 2 Comments




31/01/2015



Hari ke3 hari terakhir di Amsterdam dan hari terakhir bersama rakan-rakan ira yang lain. Sebab mereka tidak ikut bersama ke Istanbul sebab ada exam yang belum selesai. Berpisah kami di kota Amsterdam. Flight mereka pun pukul 3 petang. Satu menuju ke Cairo dan kami ke Istanbul. Terima kasih, Luqman, Aisha dan Farkhan sebab sudi travel bersama. Minta ampun dan maaf jika ada yang kurang semasa trip bersama. Moga bertemu lagi brother!


Disebabkan flight ke Istanbul kami pukul 8.00 malam. Ada masa lagi aku & ira di Amsterdam ini. Sekitar kawasan hotel di Artist ini, ada sebuah zoo yang menjadi tarikkan warga tempatan dan pelancong. Aku dan ira pergi ke zoo pada pagi hari itu. Saja je nak try tengok zoo di musim sejuk.

Memang pengalaman baru dan sangat menarik. Cuma binatang je sembunyi sebab sejuk. Haha. Agak luas juga kawasan Zoo Artist ini walaupun dalam review kata Zoo ini hanya kecil saja. Lengkap semua binatang ada, yang berada di udara darat mahu pun laut semua nya ada dalam zoo ini. Memang worth untuk melawat. Haiwan yang iklim panas pun ada juga. Pihak zoo dah buat satu tempat khas yang suhunya agak panas. Kami masuk pun berpeluh walaupun luar sejuk. haha!
Habis 2 jam juga pusing satu zoo ni. Last sekali jalan cepat2 sebab nak ke bandar pula selepas itu.

Kita layan saja gambar-gambar yang ada. =)





Burung ini pemegang rekod wingspan yang terlebar di dunia! Tangan den pun tak sampai nak cover penuh

Ini burung die







The King's Cow!! Tengok tanduk laa. Lembu ini kalau ada kat Malaysia konfem2 tak orang curi punye hahaha! Mau kene libas dengan tanduk!
Selesai di zoo, aku dan Ira kembali ke bandar Amsterdam untuk beli belah sikit dan makan tengahari sebelum berangkat ke Airport. Di Amsterdam ini senang saja pengangkutan awam dia. Bila berada di Amsterdam centeral. Semua destinasi yang mahu di tuju ada kata sini. Guide untuk para pelancong pun lengkap. Mesin tiket pun berfungsi dengan baik. Cuma bila beli di kaunter anda akan kene charge 1€ sebagai perkhidmatan. Ciss




Kami kembali semula ke hotel untuk ambil bag yang ditinggalkan dan menunaikan solat sebelum bertolak ke airport

Bergerak la kami dengan tren ke International Schipol Airport. Sampai di Airport kami check in dulu dan uruskan segala tax free yang kami kumpul.

Ternaik gerabak 1st Class. Patutlah tak ada orang. Selamat tak kene halau.
Tepat jam 8 malam, kami menuju ke destinasi terakhir untuk trip ini.

Istanbul aku datang!



Photo Gallery by QuickGallery.com Video special!



2 comments: