Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah (CAMBRIGE, UK) 2

7:38:00 PM Nazif Razak 0 Comments




27/01/2015

Victoria Coach Station

Hari ke-3 di London, kami terus ke Victoria Coach Station untuk membeli tiket bus ke Amsterdam untuk keesokkan harinya. Meneruskan lagi aktiviti, hari ke 3 ini, kami cadang pergi ke bandar Cambridge untuk melawat salah satu universiti yg terkenal di dunia dan juga berjumpa dengan pelajar Malaysia berlajar di University Cambridge yang merupakan kawan kepada Paan. Diorang buat mini reunion. Aku follow saja.



Cambridge



Perjalanan dari kota London ke Cambridge memakan masa sejam. Kami menaiki train untuk ke sana. Setibanya di sana, dapat aku rasakan kelainan bandar Cambridge dengan London. Cuaca sangat sejuk. Keadaan bandar yang sedikit tenang dari kota London dan banyak penduduk di sana hanya menggunakan basikal sebagai kenderaan mereka.


Untuk permulaan kami hanya bersiar siar, tengok-tengok pemandangan. Aku tengok Uni Cambrige ini tidaklah terletak dalam satu kawasan saja macam universiti kita kat Malaysia. Boleh dikatakan dalam bandar Cambrige ini, ada saja faculty-faculty mereka. Boleh dikatakan satu bandar ini lah universiti mereka.

Disebabkan waktu Zuhur pun da masuk ketika itu, kami  terus ke masjid di Cambridge. Kagum juga sebab di Cambridge terdapat juga sebuah masjid. Walaupun tidak besar, masjid ini juga digunakan waktu solat Jumaat.






Selesai solat, terus saja makan tengahari. Macam biasa makan kat kedai Turkey. Nasi dia sangat banyak. Mintak ayam dapat daging kambing sekali. Rasa dia pun memang sedap! Layan...


Kami berpecah untuk sementara disebabkan ada yang mahu ke shopping center di Cambridge (primark) dan aku dengan Paan nak pusing bandar menikmati keindahan permandangan di Cambridge sebelum bertemu dengan pelajar di Cambridge pada jam 6 petang.

The Fitzwilliam Museum



 Dalam perjalanan aku dan Paan, kami jumpa The Fitzwillian Museum. Disebabkan percuma, maka kami pun masuk. Dalam muzium itu ada monumen-monumen dari Eygpt, Mumia, Penceritaan orang Greek, dan Lukisan-lukisan ketuhanan mereka. Aku tak adalah go through detail sangat. Tengok-tengok saja. Sebelum matahari terbenam kami cepat-cepat keluar dari muzium untuk ambil gambar kat luar pula. Lagi pun bosan duduk muzium lama-lama haha!





Seperti yang dijanjikan aku dan Paan tunggu kat pintu masuk King Colloge untuk jumpa kawan-kawan Paan yang lain. Student Cambridge ini merupakan kawan kepada Paan. Kami yang lain2 hanya menemani. Jumpa saja dengan student Cambridge ini dalam 3 orang, mereka bawa kami semua masuk dalam uni mereka untuk tengok keadaan kat dalam. Pelawat boleh masuk sebenarnya tapi sampai pukul 4 petang saja. Tapi sebab diorang ni students sini, boleh la sembunyi2 bawak kami masuk. Memang lain sangat suasana dalam college mereka yng sangat English style. Macam sekolah Harry Potter pun ada. Bagus juga bagi aku dapat tengok uni diorang. Yelah, disebabkan kurang kelayakkn nak jadi student sana, tengok pun jadilah.








Habis pusing, kami makan malam di sebuah restoran masakan Thai. Diorang kata Halal so kiteorang pun layankan saja. Selesai makan malam, ambil gambar kenangan2 dulu. Kami pun kene balik MHall awal sebab dengarnya MHall tutup pukul 11.00 malam. Takut-takut takleh masuk nanti. Kembalilah kami semua ke Malaysia Hall untuk bermalam satu hari lagi. Tepat pukul 11.00 malam kami sampai di MHall. Pintu masih buka lagi. Selesai sudah untuk satu hari lagi di London.

0 comments: