Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah (LONDON, UK) 1

12:49:00 AM Nazif Razak 0 Comments



25/01/2015 - 26/01/2015

Perjalanan Eropah kami diteruskan lagi. Destinasi yang dituju adalah London. Bangun dari tidur seawal 5 pagi dan kami terus bergegas menuju ke Airport.

Dugaan Pengembara 2

Setibanya kami semua di Dublin Airport pada pukul 6.05 pagi, kami semua ke kaunter untuk check in. Agak malang, sekali kami di denda sebab lambat check in tiket atas kecuaian semua. Nak buat camne semua orang tak ingat nak check ini. Hadap sajalah.
Selamat tinggal Dublin

Bukan itu saja, dah lambat check in maknanya kami lambat nak masuk kapal terbang. Masa kami check in luggage pun pintu gate sudah di buka. Apa lagi belari semua orang mencari pintu gate untuk penerbangan kami. Bertambah malang lagi pintu gate yang telah ditetapkan amat lah jauh. Memang masing masing speed up takut terlepas. Sebelum itu kami perlu melepas kawalan keselamatan imigresen mereka. Memang kelam kabut masa itu. Tali pinggang yang di buka pun tak sebab nak pasang. Hahaha!

Awan tebal menutupi permukaan bumi

Awan terbelah dua

Syukur kelima-limanya selamat untuk onboard.

Gatwick Airport
Bersemangat waja!

Perjalanan dari Dublin ke London tak banyak makan masa. Hanya kurang dari 2 jam. Kami tiba di Gatwick Airport pada pukul 11 pagi. Satu keistemewaan yang ada bagi sesiapa sahaja yang datang dari Ireland atau Isle of Man ialah tidak perlu melepas Imigresen di London. Hanya tunjukkan boarding pas anda, sebagai bukti dari Ireland dan anda boleh keluar. Tanpa di soal oleh mana-mana pihak Imigresen, Siapa ada laluan khas lagi, Tak payah beratur ^_^

Baru sampai di Gatwick. Masih lagi gumbira
Misi seterusnya adalah mencari tempat penginapan kami iaitu di Malaysia Hall. Dari Gatwick kami ke Victoria station untuk memudahkan kami bergerak ke mana-mana stesen tube dan kami juga beli kad Oyster. Kad ini boleh digunakan macam touch n go. Senang saja penggunaanya, topup duit, bus tube semua boleh naik.

Welcome to Victoria

Dah tahu ke mana destinasi yang hendak di tuju, maka kami menaiki tube ke Bayswater di mana letaknya Malaysia Hall di London. Tempat memang asing bagi kami. Tak ada siapa guide. Banyak bertanyakan pada orang sahaja. Semua pikul beg besar-besar pusing-pusing bandar itu sebelum jumpa MHall ini.

Selamat tiba di Malaysia Hall. Feel like home!

Malaysia Student Department
United Kingdom & Ireland
Selepas beberapa kali pusing, akhirnya jumpa juga. Kami lunch dan check in. Di Malaysia Hall ratenya bagi aku agak murah. Kalau student boleh dapat £10,80 untuk satu malam. Bilik pun boleh tahan selesa. Cukup-cukup untuk tidur. Tak lebih tak kurang. Cuma lipas sahaja hidupan lain yang huni di bilik itu bersama anda. Haha!

Di Malaysia Hall, ada kantin yang membuatkan teringat pada makanan Malaysia. Harga pun boleh tahan murah (jangan convert!). Banyak juga seminar yang dilakukan di sini dan ramai rakyat Malaysia yang berada di MHall ini. Selesai check in, dan lunch, sekali lagi kami bersiap untuk round kota London. Jam pukul 2.30 petang kami keluar menaiki tube.

Cabaran Pegembara 3 (Kritikal) 

Kredit to Abam Paan
Disebabkan bumi London ini asing bagi kami, agak keliru sedikit dengan perjalanan Tube yang kami naik. Aku cakap dengan ira, tube yang kita naik ini salah. Sebab destinasi yang dituju tiada dalam line tube ini. Kami pun turun di pertengahan stesen Earl's Court supaya tak terlajak lebih jauh.
Sebelum kejadian
Sebelum kejadian bersama beg yang telah pun hilang T_T

Tiba-tiba!! Sedang kami naik escalator untuk ke line yang lain, ira bagi tahu beg dia tertinggal dalam tube tadi. Al padah!!. Berdegup laju juga jantung! Sebab ira bagi tahu dalam beg itu ada benda-benda yang sangat penting macam passport, handphone dan wallet! Aku cuba relaks dan tidak cemas. Dalam hati memang doa banyak-banyak supaya beg itu ada lagi.

Cepat-cepat cuba kejar tube tadi. Tapi tak berjaya. Cuba cari alternatif lain tanya staff train di situ dan di suruh pergi ke control room untuk menjejaki Tube tersebut. Apa yang aku ingat tube itu ialah District Line menuju ke Wimbledon. Tiba di control room, staff disitu tanya gerabak mana yang kami naik. Aku tak berapa pasti tapi ira cakap 3 atau 4 dari gerabak pemandu. Staff itu cuba sehabis baik untuk membantu kami dengan menghubungi staff lain yang berdekatan dengan Tube itu untuk mencari beg tersebut.

Lakonan semula
Banyak staff London underground tube itu dihubungi untuk menjejaki beg tersebut. Disebabkan kejadian ini berlaku, aku keluar stesen untuk beli sim kad nombor UK untuk mudah dihubungi. Staff control room suruh aku datang balik sejam kemudian jika ada apa-apa maklumat terbaru. Kami semua terpaksa akur dan semua aktiviti terpaksa ditangguhkan. Aku pun sendiri rasa dah tak sedap nak berjalan dan kalau boleh mahu kes ini selesai cepat2.

Sejam kemudian kami kembali ke control room. Agak kecewa, beg yang di cari tidak lagi dijumpai. Mengikut staff tersebut mungkin beg itu telah di ambil orang. Aku cuba tanya ikhtiar lain apa yang boleh di buat. Disebabkan ada passport di dalam beg tersebut staff control room ini menolong kami dengan menelefon polis untuk membuat laporan.

Ira memberi segala maklumat pada polis tersebut supaya kertas siasat dapat dibuka. Di akhir perbualan telefon polis itu memberi nombor reference untuk berita berkenanan kes itu. Staff control room itu juga tulis alamat Malaysia Embassy bagi memudahkan kami. Terima kasih pak cik sebab tolong kami sehabis baik.

Jam menunjukkan 5.30 petang dan matahari sudah melabuhkan tirainya. Malam pula menjelma. Aku dengan ira akhirnya terpaksa akur dan terima hakikat bahawa beg itu tak dapat lagi dijumpai.

Cemas! Cubaan viber mak dengan abah

Langkah seterusnya harus di ambil! Kami buntu untuk menuju ke mana. Kami cuba pergi ke kedutaan Malaysia di Westminster. Kut-kut ada sesuatu yang boleh dilakukan. Disebabkan hari itu hari Ahad aku dah jangkakan memang kedutaan tutup. Tapi masih lagi mahu mencuba jikalau ada kaunter kecemasan yang di buka. Kami menuju ke Westminster. Bila tiba di sana terdetik hati untuk menelefon abah dan mak di Malaysia untuk membantalkan kad debit dan kredit yang hilang. Waktu Malaysia pada ketika itu 1.00 pagi. Dengan izin Tuhan. Kami berjaya viber mak dan mak mengangkatnya. Secara detail kami ceritakan kejadian yang berlaku. Mak redha dan membantalkan semua kad yang ira ada.


Big Ben, London Brige dan Oxford Street

Cuba mencari mood sebagai pelancong kembali

Hajat untuk ke kedutaan dibatalkan sebab memang tahu tutup. Cuba untuk menghidupkan mood bercuti semula, kebetulan di Westminster ini berdekatan dengan Big Ben dan London Bridge. Ambil lah beberapa gambar kenangan walaupun hati tidak tenteram dan risau. Perut pun dah lapar, kami menuju pula ke Oxford Street untuk makan malam di burger lobster yang agak famous di sana. Tapi malangnya ramai orang beratur. Hajat terpaksa dibatalkan dan hanya makan di kedai tepi2 yang halal.




Kami pulang ke Malaysia Hall dan cuba mengatur semula jadual perjalanan kami. Disebabkan wallet ira dah hilang dan kad kredit yang digunakan untuk membeli tiket tren untuk ke Frankfurt dan Amsterdam pun hilang, maka tiket tren itu tidak boleh digunakan lagi. Pembelian yang dibuat secara online memerlukan kad kredit yang asal untuk ditunjukkan sebagai bukti pembelian. Tiada kad kredit ini, maka kami tidak boleh naik tren.

Sepatutnya, keesokan hari mengikut tentatif, pukul 7.30 petang kami akan bertolak ke Frankfurt. Kami terpaksa merancang semula jadual di Malaysia Hall. Pelbagai cadangan yang dilontarkan sehinggakan cadangan untuk terus batalkan trip ini dan pulang pun ada. Aku memang mental jamm. Tak boleh nak fikir apa sangat selagi tidak ke Malaysia Ambassy dan kes passport ini tidak selesai.

Setelah berdiskusi panjang, cadangan yang diterima semua ialah perjalanan Frankfurt dibatalkan dan duduk di London beberapa hari lagi bagi urusan passport dikedutaan selesai. Mungkin bukan rezeki aku lagi untuk menjejakkan kaki di bumi German lagi. Tak apalah aku memang dah tak kisah dah pasal itu.

Malaysia High Commission

Menuju ke kedutaan



Keesokan hari tanpa lengahkan masa, kami terus ke Malaysia High Commission di Belgrave Square. Dengan berpandukan google maps, kami berjalan setengah jam untuk sampai di sana. Nak naik bus takut salah naik pula. Tiba kat kedutaan, ramai juga orang di situ. Tapi kebanyakannya untuk renew passport. Kehilangan passport ini hanya kes2 yang terpencil saja.


Dengan pertolongan dari Illahi, semuanya selesai pada hari yang sama. Dapat semula passport sebenar dan bukannya sementara. Boleh lah kembali ambil mood bercuti.

Kes selesai!

Kembali ceria hahaha!


London St. Pancras International


. Kat sini juga ada platform Harry potter yang terkenal itu. Ambil lah gambar kenenangan sambil-sambil itu. Sila abaikan kakak yang tertido itu

Syukur kes passport dah pun selesai. Sesudah itu aku dan ira terus menuju ke London St. Pancras International Untuk cuba menguruskan perjalanan kami ke Frankfurt kut2 ada peluang lagi.
Tapi agak malang tiket train terlalu mahal. Memang mahal pun sebab beli sehari sebelum. Dah lah dalam mata wang pound. Sia-sia sahaja habis duit kat London.

Ira bagi cadangan lain iaitu dengan menaiki kapal terbang atau pun bus! Terkejut gak aku. Baru tahu ada juga perkhidmatan bus dari London ke destinasi lain kat Euro. Hahaha!

Akhirnya kami semua bersepakat untuk menaiki bus sahaja kerana harga yang berpatutan dan masih mampu lagi untuk membayarnya walaupun dalam mata wang £ Pound. Maka bermalam lagi kami di Kota London.

*Nenek, mak abah dan abg-abg dan kakak juga akan bertolak ke luar negara pada minggu ini. Doakan mereka selamat pergi dan pulang InshaAllah. Amin
*Tinggal aku sorang2 kat Malaysia Sob...sobb...sob

0 comments: