Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah (DUBLIN, IRELAND)

5:09:00 PM Nazif Razak 0 Comments



23/01/2015-25/01/2015

Pada jam 9.30 pm waktu tempatan. Kami tiba di Dublin dan di sambut oleh sepupu kami Abg Shariz dan Kak Aini yang bekerja di Dublin. Agak menyusahkan mereka juga sebab kesilapan kami, terpaksa pula ambil pada waktu malam. Maafkan kami T_T. Memang sejuk sangat waktu malam di Dublin. Mungkin dalam 2-5°C. Gigil woo. Tiba di rumah Kak Aini barulah aku dan ira bertemu dengan rakan-rakan kembara yg lain iaitu Luqman, Aishah dan Paan.
Pemandangan dari luar rumah

Keesokkan hari masa untuk berjalan. Kak aini sekeluarga bersama dengan 3 orang anak mereka yang sangat comel turut bersama kami.






Dengan menaiki 2 buah kereta, destinasi pertama yang di tuju ialah melawat kawasan pergunungan di Dublin iaitu Tibradden Mountain.

Tibradden Mountain.




Memang abg Shariz selalu bawa siapa saja yang datang melawat Dublin untuk melihat pemandangan yang superb dari atas gunung ini. Kat atas gunung ini, kami semua dapat melihat keseluruhan bandar Dublin dari jauh. Ala-ala bukit Ampang gitu. Kalau kat bawah pun dah sejuk naik atas gunung apa tah lagi. Bila angin bertiup saja, berketaq dibuatnya. Tapi anak-anak Kak Aini relaks je, termasuk anak yang ke-3 mereka, Syafiq. Sebab da biasa kut. Aku saja ada kejutan cuaca. Kami semua tak mendaki pun gunung ini, naik kereta saja lalu dan hanya berhenti di beberapa kawasan tertentu yang view nya sangat menarik.




Memang biasa laluan kat bukit ini kenderaan lalu. Penduduk sana pun suka berjoging di lereng bukit ini, ada yang menaiki basikal dan bus pelancong juga lalu jalan ini. Di kawasan gunung ini ada beberapa buah perkampungan yang sangat aman damai dan jauh dari pencemaran. Sangat tenang!
Geng Parit Jawa

Bersama abam Luqman aka epubbad


Ini bukan cover album Nasyid







Kalau ikut penghujung air sungai ini, akan jumpa air terjun yang sangat tinggi dan deras. Tak dapat ambil gambar sebab dalam kereta. Memang lawa dan tinggi air terjun dia. Cuma sejuk jela

Islamic Cultural Centre of Dublin

Perjalanan di gunung memakan masa selama 2 jam lebih sebelum turun. Bila turun, destinasi seterusnya yang di tuju adalah sebuah masjid di Islamic Cultural Centre of Dublin yang menjadi tumpuan umat Islam berkumpul dan melakukan aktiviti. Kawasan masjid yang agak luas dan selesa untuk para jemaah. Ada juga kawasan permainan untuk kanak-kanak dan kelas-kelas agama. Macam di Malaysia. Terkejut juga aku dengan populariti umat Islam di sana. Boleh tahan ramai juga. Disebabkan kami sampai di masjid ketika hampir waktu asar, sempat juga kami berjemaah Asar dan melakukan solat jamak. Kebiasaannya bila waktu winter waktu Zuhur dengan Asar agak singkat. 





Dublin Mosque

Selesai solat, perut pun da lapar, Abg Shariz ajak makan kat masjid satu lagi di Dublin Mosque Alhamdulillah dapat melawat 2 masjid dalam satu hari. Kata abg Shariz makan di masjid ini sedap berbanding tempat lain. Keunikkan masjid ini ialah ia merupakan sebuah gereja dahulunya, dibeli dan dijadikan sebuah masjid. Macam masjid sebelumnya, masjid ini juga menjadi tumpuan komuniti umat Islam di sana. Disebabkan kantin makan terletak kat luar, tak sempat pula aku untuk masuk menjengah di dalam.




Nampak biasa tapi mengancam!


Dublin City



Hampir separuh hari kami berjalan, dan akhirnya di bawa ke bandar Dublin. Ada banyak bangunan sejarah yang ada kat bandar Dublin. Aku tengok pun woww! Terima kasih abg Shariz yang menerangkan beberapa sejarah bangunan di Dublin. Memang terbaik! Pukul 5 petang hari pun da gelap dan kebanyakan kedai tutup pada pukul 6.00 petang. Terpaksa la rushing sikit beli belah di Dublin. Ambil mana yang sempat saja. Aku follow je ira tengok apa dia beli. Sebab aku masih lagi duduk memikirkan convert Euro ke RM so jadi agak kedekut. Hahaha! Memang tak beli apa pun aku. Rugi pula bila difikirkan semula.

Habis satu hari pusing di kota Dublin, makan malam di rumah. Kak Aini masak. Memang terbaik sebab dah penat jalan perut pun lapar. Tapi makanan sedap sampai letih pun hilang . Aku amat lah letih dan barai. Sebab jetlag lagi kut. Mata pun da kuyu tapi sebab lapar, makanan pun da siap. Terjaga balik, terus makan dan cepat-cepat siap untuk tidur. Disebabkan flight kami untuk ke London seawal 6.30 pagi esok, ambil lah kesempatan malam itu juga untuk bergambar dengan keluarga Kak Aini dan Abg Shariz. Malam itu juga kami semua say goodbye to Alia, Aishah dengan Syafiq. Walaupun singkat, tetap seronok dan enjoy aktiviti satu hari. Agak sedih juga sebab masa mencemburui. Mungkin next time boleh datang dan singgah di kota Dublin ini Moga panjang umur dan bertemu lagi Dublin. Terima kasih banyak banyak Abg Shariz dan Kak Aini sekeluarga kerana sudi melayan dan menerima kunjungan kami. Terima kasih sekali lagi.


Credit to abam Paan


*baru perasan gambar kat bandar tak ada pun. Sebab dah malam dan sejuk sangat kut. Tak pun sebab sibuk bershopping haha!

0 comments: